ANAK CIKGU MAUT DIBELIT ULAR SAWA (10 GAMBAR)…Al FATIHAH..

Dalam negeri

Banting : Seorang pemuda meninggal dunia apabila dia maut dibelit ular sawa dalam kejadian antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi di di Jalan Haji Ibrahim Kg Jenjarom awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Zaim Khalis Bin Kosnan,35, merupakan anak seorang guru di SMK jenjarom iaitu Cikgu Zaleha.

Mengikut laporan awal mangsa menangkap ular sawa terbabit dan cuba membawa naik motosikal untuk membuang reptilia terbabit ditempat lain.

Tidak disangka reptilia tersebut bertindak agresif lalu membeli mangsa yang menyebabkan mangsa gagal melepaskan diri dan maut di perjalanan membuang reptilia terbabit.

 

 

 

 

 

Jasad mangsa dihantar ke Hospital Banting  untuk bedah siasat seterusnya akan dibawa pulang kerumahnya di Jalan Hj. Ibrahim sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kg. Jenjarom hari ini.

Apa yang berlaku mengundang pilu mengikut rakan-rakan arwah Zaim sebelum ini pernah koma akibat kemalangan dan rakan-rakan nya ramai-ramai berpakat menderma darah buat arwah semasa dia kemalangan.

Tidak disangka selepas sedar dari koma dan pulih seperti sediakan arwah pergi jua dijemput ilahi dibelit ular sawa terbabit, mengikut sepupu nya Hanna kawan-kawan arwah pun tidak pasti mengapa arwah menangkap ular tebabit dan dibawa naik motosikal.

Sehingga lah arwah dibelit dan temui ajal mungkin sudah ajal arwah sebegitu, punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib semoga Cikgu Zaleha dan seluruh insan yang mengenali arwah Zaim tabah. Al fatihah.

 

Sumber&kredit:buletinterkini.org