‘Adik Nur Afini, semoga rohmu damai di sana’ -Al Fatihah.

Dalam negeri

JENAZAH Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, pagi tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung FELDA Sungai Kelamah, Gemas, 10 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada 5.45 petang selepas proses bedah siasat berakhir.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya di kampung itu untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Majlis pengebumian Nur Afini yang dilakukan dalam keadaan hujan renyai dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kawasan perkuburan itu apabila ramai ahli keluarga dilihat menangisi pemergian remaja berkenaan.

Dalam kejadian pada 10.30 pagi, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dipercayai selepas terkena bilah pisau mesin berkenaan ketika menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu.

Dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, hanya cedera ringan dalam insiden itu.

Berikutan kejadian, hari sukan sekolah yang dijadualkan esok, dibatalkan.

Artikel lain;

Pemandu traktor mesin rumput ditahan

POLIS menahan pemandu traktor mesin rumput yang terbabit dalam kejadian pelajar perempuan maut akibat terkena bilah pisau mesin itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan tidak lama selepas kejadian itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia lokasi akibat apabila kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah pisau mesin berkenaan yang melayang.

Dua rakannya pula,Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera ringan masing-masing pada telinga dan belakang kepala.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku ketika ramai pelajar sekolah itu menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah yang akan berlangsung esok.

“Ketika itu ramai pelajar sedang berlatih berkawad mengikut rumah sukan masing-masing di padang dan keadaan tiba-tiba menjadi kecoh selepas beberapa pelajar rebah akibat terkena bilah pisau mesin rumput yang melayang itu.

sumber:terengganutimes