(Video) Lucu! “Pedasnya Sampai Tak Boleh Cakap,” Lihat Bagaimana Reaksi Luis Suarez Bila Rasa Makanan Malaysia!

Viral


7 Feb – Baru-baru ini, penyerang sensasi Barcelona, Luis Suarez telah dilantik sebagai duta oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia.

Perjanjian yang ditandatangani selama setahun itu diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia dengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia.

Dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Tourism Malaysiamemaparkan penyerang kebangsaan Uruguay sedang menikmati makanan-makanan yang telah menjadi kebiasaan buat rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan Satay.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz jelas gembira dengan pelantikan tersebut dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Suarez.

“Sebagai seorang hero kepada masyarakat alaf baru, Suarez telah menjadi inspirasi kepada jutaan peminat dan kami amat berharap dengan status beliau sebagai muka depan pelancongan Malaysia mampu memberikan pendedahan kepada penduduk luar mengenai destinasi tropika yang ada di Malaysia dan mampu menarik minat warga asing untuk merasai nikmat melancong di sini.” katanya.


Suarez adalah pemenang dua kali kejuaraan La Liga dan turut mempunyai satu medal juara Liga Juara-Juara Eropah. Ketika bercakap mengenai perlantikan ini, Suarez amat berbangga dan bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, dimana beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, disamping pantai dan pulau yang indah.

“Saya amat teruja dan tidak sabar untuk melalui perjalanan ini dalam memperkenalkan negara Malaysia yang eksotik kepada seluruh dunia, ditambah pula negara ini kaya dengan budaya dan warisan kepada seluruh peminat saya dan berazam untuk menjadikan mereka sebagai peminat Malaysia.” tambah Nazri lagi.

Siakapkeli.my