Takziah..Selamat Tinggal ‘Wira Penyelamat’..Semoga Roh Arwah Dicucuri Rahmat..

Kisah Hidup

TEMERLOH: Anggota bomba yang begitu dikenali ramai, Abu Zarin Hussin, 33, yang kritikal selepas dipercayai dipatuk ular dalam kejadian di Bentong baru-baru ini meninggal dunia di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS) dekat sini awal pagi tadi.

Berdasarkan komen di laman facebook beliau awal pagi ini, ternyata ramai peminat beliau terkejut dan bersedih dengan perkembangan terbaru ini.

Abu Zarin meninggal dunia sekitar jam 1.00 pagi tadi selepas hampir tiga hari bertarung nyawa akibat patukan ular tedung selar,

Beliau yang mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang merupakan antara tenaga pengajar bagi melatih anggota baharu, selain sering mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin terkenal sebagai penangkap ular berbakat dan pernah menyertai program pencarian bakat Asia’s Got Talent sehingga ke peringkat suku akhir.

Difahamkan, kejadian dipatuk haiwan berbisa ini bukanlah merupakan insiden pertama di mana beliau sebelum ini sudah lebih 10 kali dipatuk malah pernah dua kali koma akibat kecederaan serius.

Sebelum ini beliau pernah berkata hanya akan berhenti bermain ular apabila menemui ajal dan kemahirannya mengawal haiwan berbisa itu menyebabkan video serta gambarnya sentiasa mendapat perhatian di laman sosial. #PDO

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² beriman.. Al-fatihah

Sumber:pdo via sinarmukmin.com