‘Fresh Graduate’ Sekarang 3 Kali Ganda Lagi Miskin Dari Masa Tahun 80-an..

Informasi

Di zaman yang semakin mencabar ini dengan keadaan ekonomi dan kenaikan harga yang semakin tidak masuk akal memberi kesan kepada golongan muda sebagai pelapis masa depan negara kita. Kesukaran mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pembelajaran membuatkan mereka hilang arah tuju untuk mula membina kehidupan.

Jika nak dibandingkan zaman dulu dengan sekarang jauh bezanya. Zaman sekarang ini terlalu mencabar dengan akses pendidikan yang semua orang boleh dapat, serta jumlah graduan yang semakin bertambah tahun demi tahun.

Kalau dulu satu kampung hanya 3-4 orang saja yang masuk ke universiti, lain pula sekarang, semua dapat belajar tinggi-tinggi dengan peluang yang telah disediakan kerajaan dan tawaran daripada universiti awam.

Perkongsian daripada Nur Aliah Mohd Noor melalui laman Facebooknya merungkai permasalahan fresh graduate zaman milinial ini yang menghadapi cabaran besar dengan trend yang terus berubah jika nak dibandingkan dengan zaman 80-an yang biasiswa diberikan dan pembiayaan segalanya ditanggung.

Kini, graduan terpaksa menanggung RM60-80k hutang walaupun belum lagi bergelar graduan. Bajet untuk IPT juga semakin dikurangkan walaupun kos semakin meningkat.

Ada seorang pakcik ni bagitahu orang muda zaman sekarang 3 kali ganda lebih miskin daripada orang muda zaman dia dulu.

Terkejut Lia!

Nama pakcik tu Pakcik Harun. Dia bagitahu dulu masa dia kerja tahun 1985, gaji awal dia sebagai Engineer cuma rm1200 je. Masa tu kereta 2nd hand baru rm3000. Rumah teres pula boleh dapat harga RM35000.

Pakcik Harun tu bagitahu lagi, sekarang ni pula fresh graduate ijazah kalau dapat kerja gaji sekitar RM3500. 3 kali ganda gaji dapat dari orang dulu.

Tapi sedihnya..

Beli kereta 2nd hand RM35,000. 10 kali ganda harga kereta terpakai berbanding orang dahulu.

Kalau beli rumah teres sekarang ni pula nilainya sampai RM350,000! Bermaksud 10 kali ganda harga rumah ketika waktu dulu.

Sebenarnya, secara kita tidak sedar, memang gaji naik 3 kali ganda, namun harga rumah dan harga kereta naik pula 10 kali ganda!

Maksudnya di sini purchasing power graduan telah menurun sebanyak 10 / 3 = 3.3 kali ganda! Belum kira lagi kalau gaji seseorang tu permulaan dapat RM2400 (naik 2 kali ganda dari gaji zaman dulu) tapi secara tak langsung tahap kemiskinan meningkat sebanyak 10 / 2 = 5 kali ganda lebih miskin!

Kenapa walaupun tahap kemiskinan zaman sekarang telah meningkat tapi kita tak rasa pon macam miskin, perasan kan? Sebabnya polisi kewangan negara banyak dah berubah.

Antaranya contoh jangkamasa pinjaman perumahan dulu maximum hanya 15 tahun, berbanding sekarang tempoh pinjaman boleh cecah hingga 35 tahun.

Contoh lain lagi dulu pinjaman kereta dari 5 atau 7 tahun sahaja sekarang pinjaman kereta dari 8 atau 9 tahun. Maksudnya di sini bayaran bulanan memang mampu bayar tapi masa kena tanggung untuk bayar sangat lama.

Jadi apakah solusi yang terbaik untuk mengelakkan hutang dan beban yang teramat banyak sekarang ni?

Kita tengok sekarang ni kebanyakkan generasi gen Z dan Y dah mula buat business secara part time, ada juga yang full time. Sebab mereka yakin dan percaya dengan business boleh dapat income 3 ke 10 kali ganda dari gaji berkerja biasa!

Apa pun, ramai rakyat Marhaen sekarang tertekan dan terbeban dengan hutang. Bekerja penat-penat pun hanya untuk melunaskan hutang pelajaran.

Belum lagi dikira hutang pinjaman peribadi, nak kahwin, nak beli kereta, beli rumah, nak tunai umrah, nak tanggung anak isteri dan juga nafkah.

Hasilnya, ramai sekarang yang berhutang sampai ke tua dan hingga ke akhir hayat mereka.Jadi kita masih nak tunggu Negara kita berubah atau kita yang ubah nasih hidup kita sendiri?

Tepuk dada tanya diri. Semoga bermanfaat.

Sumber – Siakap Keli