Kanak² Ini Baru Sahaja Berusia 6 Tahun Tapi Sudah Mendaftar Masuk Kolej Untuk Pengajiannya. PUNCANYA Buat Org Ramai BANGGA !!!

Kisah Hidup

Kanak-kanak di usia 6 tahun selalunya baru sahaja berjinak-jinak mengenal huruf dan nombor asas. Namun, lain pula ceritanya dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun ini yang memiliki pemikiran luar biasa tidak seperti kanak-kanak seusianya.

Menurut Utusan, kanak-kanak lelaki penuh keletah dikenali sebagai Izz Imil Shahrum ini menarik perhatian ramai kerana sudah mendaftar sebagai pelajar Asas 1 di Kolej Permata Pintar UKM. Izz dikatakan mampu membaca dan mengira dengan tepat selain boleh bercerita tentang biografi ahli cendekiawan dahulu kala seperti Alexander Graham Bell.

Anak tunggal kepada pasangan Ilya Abdul Aziz dan suaminya Shahrum Abdul Ghani itu berjaya melepasi tiga peperiksaan khas sebelum diterima masuk sebagai pelajar paling muda di kolej tersebut bagi mengikuti pembelajaran bagi sesi 2018.

“Izz Imil memiliki kehebatan dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi walaupun usianya baharu mencecah enam tahun,” kata Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak.

“Pemikirannya menyerupai remaja berusia 16 tahun, sebab itu kita berkeyakinan dia mampu mengikuti pembelajaran di sini,” kata Prof. Datuk Dr. Noriah lagi.

Difahamkan, pihak kolej menetapkan bahawa Izz layak mengambil dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Kimia buat masa ini. Selain itu, pembelajaran Izz akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti sama ada subjek lain boleh ditambah atau tidak.

Ibu Izz, Ilya yang merupakan seorang pakar geologi di sebuah syarikat gas dan minyak memaklumkan bahawa dia mula menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia 4 tahun lagi. Namun, Izz sering bertukar-tukar sekolah kerana bosan dengan silibus pembelajaran yang ditawarkan.

Ilya berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan di kolej tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah di masa akan datang.

Wow, pandainya adik ni! Muda-muda lagi dah boleh masuk kolej, tahniah!

Tonton video Izz menunjukkan kepintarannya di bawah:


Kredit : MyIslam Info. Via – FB

Artikel lain;

‘Kanak-kanak itu enggan dicium Datin Seri Rosmah ada sebab’

SHAH ALAM – Insiden yang menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki enggan membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mencium pipinya baru-baru ini bersebab, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Izz merupakan seorang anak autisme.

“Dia mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah matematik dan kimia pada usia enam tahun.

“Kepintaran Izz membolehkan dia diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Permata Pintar, sebuah pusat untuk anak-anak pintar yang diilhamkan oleh Rosmah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Rosmah telah meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan Izz di Permata Pintar.

“Pada usia enam tahun, Izz merupakan pelajar paling muda di pusat itu memandangkan rata-rata pelajar berusia belasan tahun.

“Anak-anak autisme tidak seperti kanak-kanak yang biasa, mereka mempunyai telatah dan cara mereka tersendiri,” jelasnya.

Katanya, ramai di antara mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan daripada ahli keluarga mereka.

“Jadi tidak hairanlah Izz agak malu apabila bersama dengan Rosmah,” katanya.

Namun, katanya, apa yang dikesalkan adalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan situasi ini.

“Seolah-olah tidak ada hormat dan sedikitpun rasa simpati terhadap kanak-kanak autisme.

“Siang malam hanya memikirkan soal bahan yang boleh di muatnaik untuk jadi cerita politik dan bahan cercaan,” katanya.

Sepatutnya mereka-mereka ini meraikan kisah kepintaran Izz sehingga mampu menjadi pelajar di Pusat Permata Pintar.

“Tapi, berlainan dengan mereka di sebelah sana yang sibuk mencaci dan mencerca.

“Rosmah pula berusaha menubuhkan pusat Permata Kurnia untuk membantu anak-anak autisme,” katanya.

Tambahnya, Pusat Permata Pintar pula ditubuhkan untuk mendidik anak-anak pintar yang akan menjadi aset negara pada masa hadapan. Inilah perbezaan antara kita dan mereka.

“Mereka yang telah ‘share’ video tersebut, eloklah bermuhasabah diri dan padam kembali.

“Anda seolah-olah menghina anak-anak autisme, lebih-lebih lagi anak yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti Izz,” katanya.

Kelmarin tular Sebuah video yang disebarkan oleh laman Facebook ‘Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad’ menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak enggan membenarkan Rosmah mencium pipinya.

sumber:sinar harian