Pegawai bomba dikenali sbg ‘Wira Penyelamat’ kritikal dipatuk ular (4 Gambar)..Mari doakan semoga beliau cepat pulih..

Dalam negeri

ANGGOTA bomba, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat dilaporkan kritikal selepas dipatuk seekor ular tedung, sebentar tadi.

Menurut laman Facebook Friends of Bomba Malaysia (FoBM), mangsa, 32, kini masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Bentong dan dikhabarkan dipindakan ke Hospital Temerloh.

“Marilah sama2 kita memanjatkan doa agar beliau selamat. Semoga diberikan kesembuhan untuknya..In Shaa Allah”, tulis FoBM dalam kemaskini status terkini.

Abu Zarin terkenal sebagai penangkap ular berbakat dan pernah menyertai program pencarian bakat Asia’s Got Talent sehingga ke peringkat suku akhir.

Beliau pernah berkata hanya akan berhenti bermain ular apabila menemui ajal dan kemahirannya mengawal haiwan berbisa itu menyebabkan video serta gambarnya sentiasa mendapat perhatian di Facebook miliknya, Wira Penyelamat.

Sumber:sinarmukmin.com