Pengunjung Zoo TERKEJUT Lihat Kucing Masuk Kandang Beruang. Apa Yang Jadi Selepas Itu Amat MENGEJUTKAN.

Cerita Haiwan

Apabila seekor kucing hitam masuk ke kandang beruang di Zoo Berlin, pengunjung zoo tersebut menyangka perkara yang buruk akan berlaku kerana seperti yang kita sedia tahu beruang adalah merupakan haiwan yang ganas dan agresif.

Namun, kucing tersebut bernasib kerana beruang yang diberi nama Mäuschen merupakan seekor beruang yang mesra atau kucing tersebut yang pandai bergaul dengannya?

 

Mäuschen adalah beruang hitam Asia seberat 800 paun. Beruang sinonim dengan sifat ganas dan agresif tetapi apabila pekerja zoo tiba di kandangnya, mereka tidak boleh percaya dengan mata mereka kerana mereka melihat kucing dan beruang dapat hidup bersama.

Kucing tersebut yang bernama Muschi, kelihatan tidak berada dalam bahaya apabila bersama Müuschen. Malah, mereka seperti berkawan. Müuschen langsung tidak kisah Muschi berada di kandangnya.

Walaupun berlainan, mereka cepat menjadi kawan dan tidak dapat dipisahkan. Mäuschen dan Muschi menjadi sangat rapat dan mereka sebenarnya sudah bersama selama tujuh tahun di dalam kandang tersebut.

 

Tetapi tujuh tahun selepas pertemuan pertama mereka, pasangan itu mungkin akan dipisahkan selama-lamanya.

Pihak zoo berkenaan ingin menempatkan beruang lain di situ, yang sedihnya bermaksud Muschi tidak lagi dapat bersama dengan sahabatnya, Mäuschen.

Lagipun, tidak semua beruang dapat menerima kucing berada di dalam kandang mereka …

Semenjak mereka berpisah, Mäuschen dan Muschi kelihatan sangat tertekan. Siapa yang tidak tertekan, sudah bersama selama tujuh tahun tetapi akhirnya berpisah.

 

Akibat sedih melihat keadaan mereka setelah dipisahkan, pihak zoo telah memutuskan untuk menyatukan pasangan itu kembali. Kedua-dua haiwan itu kelihatan sangat gembira apabila disatukan semula.

Pengunjung zoo gemar melihat mereka bermain-main dan bermanja. Ia membuktikan bahawa persahabatan tidak mempunyai sempadan. Walaupun berlainan, persahabatan mereka sangat menakjubkan!

 

Kredit : Era Baru