Sangat Pelik…Setiap Hari Sekumpulan Monyet Ini Akan Datang Bermain Dengan Budak Ini Selama 2 Jam.

Kisah Hidup

Samarth Bangari, seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dari selatan India boleh dianggap sebagai Mowgli dalam siri Jungle Book, apabila beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan sekumpulan monyet.

Hampir setiap hari, sekumpulan monyet berbulu kelabu akan datang melawat kanak-kanak ini dari Allapur, hampir 400 kilometer daripada bandar Bangalore.

Monyet-monyet tersebut akan bermain, duduk bersama hampir 2 jam setiap hari, malah mereka akan mengejutkan Samarth seandainya beliau masih tidur.

Bapa saudara Samarth, Barama Reddy berkata, kejadian pelik ini mengejutkan penduduk dan ahli kelurganya dan mereka bimbang seandainya kanak-kanak itu diculik oleh monyet terbabit.